Friday, September 3

Canada



tempoh hari, kami berbuka puasa bersama. sesuatu yang biasa saya lakukan bertahun-tahun, tapi tidak bersama mereka. suatu pengalaman yang saya rasa sungguh luar biasa. saya agak terkejut dengan diri saya, bagaimana saya dapat menyesuaikan diri serta merta walaupun ada ketika terasa agak kekok.
saya kagum dengan mereka. mereka tidak seperti kanak-kanak biasa, yang cukup segala. terus terang, kadang-kadang saya rasa cemburu dengan kehidupan mereka. mereka bebas berfikir, melakukan apa yang mereka suka, apa yang mereka rasa mereka perlu lakukan.tapi saya tahu saya tamak untuk berfikiran begitu. sudah tentu mereka mahukan kehidupan normal seperti orang lain.
saya berbual dengan salah seorang di sana. masyaAllah dia mempunyai memori yang tajam. boleh mengingati setiap butir maklumat tentang keluarganya di kampung, keluarganya di rumah itu. saya agak terkejut ketika dia menceritakan tentang masalahnya. kasihan, seorang yang begitu genius bagi saya tidaklah sesempurna mana. Tuhan maha kaya.
Alhamdulillah, saya bersyukur diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka. membuatkan saya lebih hargai apa yang saya ada walaupun tidaklah mewah. Mewah, bukanlah dari segi harta tetapi segala-galanya. Tak patut untuk kita rasa tidak cukup kerana sesungguhnya ada lagi yang kurang bernasib baik.
***********************************************************

No comments: