Thursday, September 16

Selamat Hari Jadi Malaysia

16 September 2010.

Hari ini,
julung kali buat Malaysia,
menggazetkan cuti buat seluruh rakyatnya.

Hari ini,
Tarikh keramat ini,
mencatatkan sejarah,
Sabah dan Sarawak bergabung bersama,
dan lahirlah Malaysia, negara yang ku cinta.

Tiada cerita yang disiarkan di tv yang menarik perhatian ku. Lalu ku buka komputer riba ku, melihat-lihat apa cerita menarik yang belum ku tonton lagi.
Banyak.
TIba-tiba aku teringat akan satu filem yang baru ku ambil; My Name Is Khan.
Aku masih ingat suatu ketika dahulu, betapa kami sekeluarga seronok menonton filem hindi, terutama sekali hasil karya Karan Johar. Asal hero dan heroin nya seseorang yang terkenal, kami beramai-ramai berkumpul di depan tv untuk menontonnya. Tapi zaman itu telah berlalu. zaman kegilaan filem hindi tidak lagi menular di kalangan orang melayu sekarang. Mungkin hanya segelintir sahaja yang masih mengikuti perkembangan dunia Bollywood.
Perasaan 1Malaysia ku membuat ku tertarik untuk menonton filem My Name Is Khan ini.
Filem ini bukan klise. Tidak seperti filem hindi tipikal. Tidak ade babak tari menari dan menyanyi. Tidak banyak kostum yang digunakan yang perlu berganti-ganti setiap kali menyanyi. Tiada pula babak pergaduhan dengan efek suara yang melampau.
Jalan ceritanya sungguh menarik. Penyampaian mesejnya cukup sempurna. Sungguh telus, jujur dan adil. Ia mengisahkan tentang perjalanan seorang lelaki Islam yang mengalami Asperger's Syndrome atau autism. Betapa dia menghadapi masalah berhadapan dengan masyarakat Amerika selepas peristiwa 9/11.Walaupun berpenyakit, lain daripada orang lain, tidak melemahkan semangatnya untuk berpegang atas apa yang dipercayainya. Filem tentang Islam, percintaan dan seorang pesakit autism ini sangat menyentuh hatiku. Pendekatan yang ingin dibawa dari filem ini amat menarik, iaitu agama bukanlah kriteria atau penyebab utama, tetapi cara hidup manusia sesuatu komuniti itu sendiri. Aku memang menyarankan SEMUA orang untuk menonton filem ini.
Bagiku, hasil pembikinan filem ini mampu menukar segala jenis persepsi.
Alangkah baiknya kalau ada karyawan Malaysia yang boleh menghasilkan filem sebagus My Name Is Khan ini dan ditontonkan khas sempena Hari Malaysia. Supaya generasi muda lebih celik dan matang tentang konsep 1 Malaysia ini. Jelas sekali, belum ramai yang arif...termasuklah aku.


No comments: